dilahirkan pada 16hb feb 1984, jam 2.34 ptg, hari khamis di hospital daerah dungun. merupakan anak sulung daripada 5 orang adik beradik. mendapat pendidikan awal di pasti bukit chatak pada usia 5-6 tahun, kemudian di sekolah kebangsaan pusat dungun dari tahun 1991-1996. seterusnya, meneruskan pelajaran di peringkat menengah di sekolah menengah agama sultan ismail dungun selama 3 tahun, dan berpindah ke sekolah menengah agama atas sultan zainal abidin, kuala terengganu selepas menduduki peperiksaan pmr. seterusnya, menyambung pelajaran ke pringkat universiti di universiti islam antarabangsa malaysia selama 6 tahun (termasuk di matrikulasi uia pj selama 2 tahun) bermula tahun 2002-2007. kemudian, diizinkan Allah S.W.T untuk mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah selama setahun di uiam tercinta. dan kini menjawat jawatan sebagai seorang guru GSST di sekolah menengah kebangsaan toh puan datuk patinggi hajjah normah, daro, mukah, sarawak.
No comments:
Post a Comment